Sunday, 17 Dec 2017, 4:15:38
Welcome Guest | RSS
QALBUN ASRAR ALTERNATIVE HEALING

 

Samsul, Peniaga

Rezeki saya dahulu selalu tidak stabil dan pelbagai krisis kewangan saya hadapi. Hubungan percintaan saya juga seringkali terputus ditengah jalan. Saya terkadang berasa amat terumbang ambing seperti kehilangan punca. Mujurlah saya berjumpa dengan Dr Asrul untuk mendapatkan konsultasi, lalu saya diberikan Rawatan Pelarisan Diri & Perniagaan. Sekarang saya mempunyai teman wanita dan kami merancang untuk berkahwin tidak lama lagi. Saya juga mempunyai perniagaan insurans dan institut memandu sendiri sekarang, dan semakin banyak peluang-peluang baru yang diperolehi. Saya sudah tidak bimbang tentang keputusan rezeki kerana saya yakin dan beramal dengan amalan yang diberikan.

Kamarul, Pekerja Kerajaan

Saya menderita sakit imsomnia(tidak dapat tidur) sejak bertahun lamanya. Telah puas saya ke sana ke mari mencuba dengan rawatan moden mahupun tradisional namun tidak berjaya. Saya dirujuk kepada Dr Asrul oleh kawan saya yang telah berjaya pulih dari masalah penyakitnya sejak mendapatkan rawatan dengan beliau. Saya diberitahu oleh beliau bahawa penyakit saya itu berpunca dari gangguan makhluk halus ditempat saya bekerja. Saya hairan juga kerana rakan-rakan saya yang lain yang bekerja shift tidak langsung menghadapi masalah seperti saya. Saya mendapatkan Rawatan Benteng Diri disertai dengan mandian dan amalan yang amat mudah. Saya amat bersyukur dengan hanya 2 sesi rawatan kini saya telah pulih sepenuhnya.

Amnah, Syarikat Swasta

Seringkali saya diganggu mimpi-mimpi yang menakutkan dan sebagainya. Kadang-kadang saya terserempak dengan lembaga hitam yang meremangkan bulu roma. Pada mulanya saya tidak kisah namun ternyata ianya mengganggu hidup saya. Saya ada juga berikhtiar ke beberapa tempat lain namun mungkin belum diizinkan Allah untuk sembuh. Saya berkunjung kepada Dr Asrul untuk mendapatkan rawatan. Kata beliau saya mempunyai saka sebelah ayah saya keturunan ke 3 atas. Namun saya tahu ini semua kehendak Tuhan semuanya. Nasihatnya yang elok dibiarkan, yang tidak elok kita buangkan isyaAllah. Syukur dengan 3 kali Rawatan Mandian sahaja, saya tiada masalah mimpi dan gangguan seperti itu lagi.

Ilah, Pelajar Sekolah (Pengakuan dari ibunya)

Anak perempuan sulong saya, Ilah sering mendapat keputusan yang rendah dan kedudukan yang corot didalam kelas sekolah rendah. Mungkin juga kerana otaknya terkesan apabila dia menghidap demam panas semasa kecil, jadis sejak itu dia kelihatannya agak pasif. Lalu pergaulannya juga tidak memberangsangkan. Bila dirujuk kepada rawatan moden, diberitahu bahawa anak saya itu IQnya lemah dan saya amat bimbang sekali. Cara belajar kesemuanya telah saya perbaiki namun tidak berubah. Namun sejak mengambil Rawatan IQ & ESQ dengan Dr Asrul, anak saya itu telah menunjukkan perubahan yang ketara dan kini dia sering mendapat keputusan yang baik. Saya amat gembira apabila dia semakin mendapat perhatian dengan rakan taulannya.

Rosli, Pekerja Kilang

Saya menderita sakit buasir sudah hampir 10 tahun lamanya. Wah amat perit apabila buasir itu sering terkeluar dari tempatnya dan saya terpaksa cuti bekerja hampir seminggu setiap kali kejadian itu berlaku. Saya tidak mendapatkan rawatan moden(potong terus!) kerana saya tahu kesannya apabila buasir itu dipotong. Ada rakan saya begitu juga, dan sekarang ini terus menghidap mati pucuk pula, makanya saya amat khuatir. Bukan 2,3 tempat saya pergi untuk berubat, namun sakit saya masih tidak reda. Saya amat bersyukur apabila ditemukan dengan Dr Asrul. Dengan tempoh seminggu sahaja buasir saya pulih. Yang bengkak itu jadi kecut dan masuk semula ke tempatnya tanpa perlu dipotong. Saya hanya mendapatkan  Rawatan Mandian dan Alin Telor sahaja.

Zul, Staf Kerajaan

 

Saya seorang yang amat sihat. Saya meminati bidang rawatan dan suka mencuba benda-benda baru. Saya berjumpa Dr Asrul untuk mendapatkan Urut Batin kerana saya terbaca iklan di laman beliau tentang urutan itu yang dapat memulihkan lemah tenaga batin hinggakan ke mati pucuk dan sebagainya. Sebenarnya saya tertarik dengan ungkapan bahawa sais dan stamina (tahan lama) dapat ditambah. Selepas sahaja 1 sesi Urut Batin, saya telah rasakan perbezaannya. Rasa amat bertenaga sekali dan memang ringan sekali badan saya. Nak kata power itu memang tepat. Memang ada perubahan dari segi sais dan stamina. Saya amat gembira. Saya percaya nafkah batin ini juga tidak boleh kaum Adam abaikan kerana ia juga menyumbang kepada keharmonian sesuatu keluarga itu. Berapa ramai pasangan yang bercerai-berai kerana masalah nafkah batin ini yang kita tahu. Makanya saya amat mengesyorkan Urut Batin Dr Asrul ini kerana beliau juga mengajarkan ilmu untuk urut sendiri sebagai maintenance.

Abu, Pekerja Swasta

Beberapa tahun lepas saya menghidap batu karang di dalam pundi kencing dan di dalam buah pinggang. Memang saya mempunyai insurans dan senang sekali merujuk kepada rawatan pakar dari doktor alopati. Namun apa salahnya saya ikhtiar dulu begini kerana saya mahu bukti juga apakah rawatan sebegini benar-benar mujarab. Saya diberi minum air karot yang dikategorikan didalam Rawatan Pemecahan oleh Dr Asrul. Tentunya setelah diisikan dengan ayat-ayat tertentu dan dengan kaedah tenaga dalaman beliau. Terkejutnya saya apabila keesokkan harinya apabila saya kencing, banyak seperti pasir halus keluar sekali. Dan seperti jangkaan saya beberapa hari selepas itu, doctor pakar juga terkejut apabila mendapati bahawa batu karang saya sudah tiada. Tentu sekali rawatan sebegini bukan untuk menggantikan rawatan alopati namun sesuai namanya, rawatan alternatif untuk semua. Maka saya tidak perlu dibedah dan sebagainya. Saya amat berterima kasih kepada beliau. 

Qistina, Surirumahtangga

 

Saya amat meminati bidang kecantikan dan saya sedar bahawa kecantikan dalaman itu akan lebih menyerlahkan kecantikan luaran walaupun rupa tidak seberapa. Kerana itu sering saya terlihat mereka-mereka yang tidak jemu-jemu dipandang mata dan amat disenangi ramai. Oleh itu saya mengusuli Rawatan Penyeri Wajah dari Dr Asrul ini dan mendapati kaedahnya amat jelas dan mengikut lunas-lunas Islam. Saya diisi bacaan ayat-ayat Al Quran ke muka kerana kesemuanya saya dapat dengar. Kata beliau ayat itu juga berbentuk tenaga dalaman yang akan bertindak dengan spiritual dan fizikal untuk tujuan kecantikan dalaman termasuk luaran. Awet muda dalam fikiran saya! Amalan yang saya amalkan amatlah mudah dan beberapa minit sahaja sehari. Namun, saya rasa amat terpanggil untuk memberikan testimoni di ruangan ini kerana kesan positifnya amatlah ketara yang saya rasai. Saya mudah mendapat perhatian di mana sahaja tanpa perlu menonjolkan diri dan memang saya semakin ramai kawan serta amat disayangi suami. Saya selalu tergelak sakan apabila sering saya digelar sebagai kakak walaupun pada masa itu saya berjalan bersama-sama anak-anak saya!

Asyraf, Pelajar IPT

Saya terlibat dalam satu kemalangan yang berlaku awal tahun 2009. Pada masa itu saya menunggang motosikal bersama seorang rakan saya pada kelajuan yang selamat  dan mengenakan helmet sudah pasti. Apabila tiba di suatu selekoh tajam tiba-tiba ada kenderaan yang sedang memotong kenderaan lain namun tidak lepas dan betul-betul menuju ke arah saya. Apabila saya dan rakan saya sedari selepas itu adalah kami sudah tercampak dari motosikal jauh dari tempat kemalangan yang meranapkan sama sekali motosikal saya itu. Kami terpinga-pinga sedangkan ramai yang meluru mendapatkan kami ingin memberikan pertolongan namun menakjubkan sekali (dengan izin Allah) kami hanya mempunyai luka yang amat kecil sahaja. Tidak tahulah sekiranya kami berada bersama motosikal yang ranap itu. Beberapa hari selepas itu baru saya teringat akan amalan yang diberikan Dr Asrul setahun lepas yang masih saya amalkan iaitu Benteng Diri bersama-sama pemberian Keris Kecil Ageng yang saya simpan. Tidak syak lagi itu juga ikhtiar saya untuk menjaga diri saya zahir & batin dan syukur ianya dimakbulkan Allah.

| Main |
| Registration |
| Login |
Site menu
Search
Calendar
«  December 2017  »
SuMoTuWeThFrSa
     12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31
Entries archive
Our poll
Rate my site
Total of answers: 10
Site friends
  • Create your own site
  • Statistics

    Total online: 1
    Guests: 1
    Users: 0
    Copyright MyCorp © 2017Create a free website with uCoz