Sunday, 17 Dec 2017, 4:16:21
Welcome Guest | RSS
QALBUN ASRAR ALTERNATIVE HEALING

 

RAWATAN PENYERI WAJAH

 

Wajah anda akan lebih menawan, amat menarik, sentiasa ceria dan awet muda, ramai yang ingin berkawan dan mendekati anda, sentiasa mendapat perhatian dan simpati,  tidak puas dipandang semua keturunan Adam & Hawa.  

Dengan khazanah dari penemuan yang menakjubkan oleh Qalbun Asrar, kami tampilkan satu rawatan terkini – RAWATAN PENYERI WAJAH. Anda akan kelihatan lebih menawan, menarik dan tidak puas mata memandang. Tiada pantangan dan amalan yang bercanggah dengan agama. 

Agama itu jalan menuju Tuhan. Makna syirik itu adalah menyekutukan Tuhan, iaitu ada lain selain Tuhan. Walaupun anda makan nasi namun anda fikir nasi itu mengenyangkan anda, maka itu juga sebahagian syirik kerana itu sebetulnya menyekutukan Tuhan. Peringkat orang yang menuju ke jalan Tuhan, tidak makan minum berbulan pun tidak mengapa, tidak memudaratkan, melangkaui fakta-fakta sains, logik akal dan cerita-cerita seperti ini kita ketahui maklum sejak dahulu lagi. Bukan sahaja dalam Islam. Bahkan dalam Buddha, agama Tao dll juga sering kedengaran hal yang serupa. Nah, disinilah kita perlu lebih jauh mendalami puncanya. Namun cukup di peringkat pemahaman dasar adalah bahawa makanan itu suatu jalan untuk kenyang yang diberi Tuhan. Lalu sama juga perbahasannya dengan apa sahaja sarana yang kita gunakan. Fikirkanlah tentang terma susuk yang ramai orang tidak menyenanginya. Namun itu juga masih subjektif. Makan babi contohnya haram. Namun di saat darurat dan jika memang tidak ada makanan lain langsung di tempat itu dan jika tidak makan babi itu nantinya orang itu akan mati, maka pada saat itu hukumnya adalah wajib bagi orang itu makan babi yang haram itu. Samalah juga tentang isu berkahwin itu. Apa hukumnya? Tentunya tidak sama bagi setiap individu itu. Ada dihukum harus, makruh, wajib bahkan haram! Itupun pada saat itu dan boleh berubah dengan masa dan keadaan. Perkara ini perlulah anda perhalusi dengan mereka yang lebih arif kerana di sini hanya sebagai perbincangan singkat sahaja. Pokoknya apa sahaja yang kita mahu tahu, kita boleh tahu kerana semua ada jalannya.

Kalau mahu cantik, disenangi ramai, tiada musuh, maka jalan yang paling selamat adalah kerana kita tahu bahawa RAWATAN PENYERI WAJAH itu sarananya adalah melalui pengisian ayat dan tenaga ke wajah si pengguna. Tidak timbul soal syirik langsung. Soalnya kita lakukan sesuatu itu kerana apa? Kalau kerana inginkan hasil yang positif seperti disayangi suami, keluarga, rakan taulan mahupun seisi dunia maka itu tidak bersalahan dengan syarak dan sememangnya disenangi Allah. Apatah lagi untuk lebih menambat hati suami dan sebagainya, memang tidak ada salahnya kan. Pendek kata, bila hati senang, keluarga akan jadi bahagia, masyarakat akan jadi makmur dan negara akan jadi progresif. Bukankah itu tuntutan agama? 

Terapi ini juga amat sesuai untuk mereka yang menghadapi masalah lambat jodoh, susah mendapat kawan, ingin kelihatan sentiasa berseri-seri dan menarik di pandangan mata ramai. Amat serasi untuk bisnes, temuduga, kerjaya anda yang selalu di mata dunia dan  apa jua urusan anda dll

Syarat-syarat:
Mandi bunga untuk permulaan terapi
Wajah anda akan diisi dengan unsur +ve dari cahaya (6 tempat pada muka anda!)
• Minyak/ Keris Ageng berenergi juga amat bersesuaian bagi memantapkan semuanya (optional)

• Caj Rawatan – RM300 (tanpa Minyak/Keris)



RAWATAN MUDAHKAN JODOH

Jodoh / Mempunyai rumahtangga dan pasangan hidup menjadi impian setiap insan yang bernama manusia. Tetapi ada sesetengah insan dilambatkan jodoh oleh Allah SWT. Kita sebagai manusia diwajibkan berikhtiar dan berusaha agar memastikan jodoh kita dipercepatkan dan dipertemukan dengan pasangan yang sesuai dengan kita.

Di sini, kami berikhtiar dengan izin Allah SWT untuk mereka yang 'susah' dan 'lambat' dipertemukan jodoh dengan terapi permudahkan jodoh. Rawatan terbuka samada untuk wanita / lelaki.

Barangan yang perlu dibawa untuk terapi ini :-

i) Baju tidur (yang pernah dipakai & dibasuh)
ii) Gunting kecil (gunting besi yang boleh dilipat)
iii) Barangan / alat solek / barangan jagaan diri.


Anda mungkin terlebih dahulu kena mandi rawat bertujuan untuk membuang unsur-unsur negatif yang mungkin berada dalam diri anda (Perawat akan mencadangkan samada anda perlu mandian atau tidak)

Ramai yang telah mencuba dan mendapat jodoh (dengan izin Allah) tiga bulan selepas menjalani terapi ini.

Syarat-syarat:
• Hubungi kami untuk temujanji
• Rawatan mandian (membuang unsur-unsur -ve dalam badan)
• Proses rawatan lebih kurang 30 min.
• Caj Rawatan :- RM70



RAWATAN MENDAPAT ANAK

Mempunyai cahaya mata sendiri menjadi idaman dan impian setiap mereka yang berumahtangga. Anak adalah penyeri kebahagian kepada setiap rumahtangga yang dibina.

Namun ada sebahagian pasangan yang sukar untuk dikurniakan cahaya mata. Ini menimbulkan pelbagai masalah sehingga boleh menjejaskan kebahagian rumahtangga tersebut.

Dengan penemuan terkini di Qalbun Asrar, dengan izin Allah SWT, kami perkenalkan RAWATAN MENDAPAT ZURIAT
Sesuai untuk pasangan yang belum mendapat cahaya mata yang telah puas berusaha dengan cara moden.

Syarat-syarat:
• Hubungi kami untuk temujanji
• Ujian / Pemeriksaan akan dilakukan untuk mengetahui tentang penyebab ketidak suburan
• Pesakit wanita diurut (jika perlu)
• Caj Rawatan :- RM70 dan ke atas


InsyaAllah, jika ada rezeki, ramai yang telah mencuba dan berjaya memiliki cahaya mata selepas 3 bulan menjalani terapi.

 

RAWATAN KAHWIN BATIN

 

Rahsia purba dulukala yang didedahkan dalam masa terkini. Penyelesaian terbaik untuk mereka yang menghadapi masalah rumahtangga tidak aman (suami dan isteri), masalah keluarga dan masalah hubungan dalam pekerjaan (pekerja & boss) dsbnya.

Terapi ini akan memulihkan kembali hubungan antara 2 orang yang bermasalah. Suami akan kembali baik kepada isteri, anak dan ayah yang bergaduh akan kembali aman, boss yang membenci anda akan kembali sayang kepada anda dsbnya. Banyak lagi kebaikan terapi ini yang tidak dinyatakan secara terperinci di sini.

Teknik terapi adalah dengan 'mengahwinkan' secara bathin dua orang yang bermasalah. InsyaAllah berkesan. Terapi ini tujuan baik sahaja.

Syarat-syarat:
• Hubungi kami untuk temujanji
• Caj Rawatan :- RM70 dan ke atas



RAWATAN PELARISAN DIRI & PERNIAGAAN

Kalau anda ingin memajukan lagi apa juga bisnes yang sedang atau akan dilakukan, maka amatlah tepat anda mengambil Rawatan Pelarisan Diri & Perniagaan ini. Usaha samada perseorangan, perkongsian atau berkumpulan dalam apa jua bentuk perniagaan termasuk penjualan kenderaan, rumah, tanah dll, membuka & menarik segala punca rezeki dari 7 petala langit dan bumi, yang akan datang dari segenap punca tanpa disangka-sangka. Rezeki anda akan menjadi berlipat kali ganda dari apa yang anda perolehi sekarang. Tapi jangan lupa bahawa ada pepatah mengatakan bahawa yang pipih tidak datang melayang dan yang bulat tidak datang bergolek. Namun ada juga orang berkata bahawa ulat dalam batu pun boleh hidup. Jadi sebagai pencetus pemikiran, mari kita bersama-sama menghalusi situasi-situasi berikut.

Rintihan 1. Sejak umur saya 22 tahun telah pelbagai kerjaya saya lalui dan telah pelbagi posisi jawatan telah saya pegang, semuanya atas pilihan saya. Kalau saya kekalkan dengan jawatan lama saya dahulu, memang saya telah menjadi kaya sebelum umur 30 tahun. Namun sekarang ini umur saya 34 tahun dan saya dapat rasakan yang saya akan menjadi kaya pada umur 35. Apakah saya hanya perlu tunggu sahaja sehingga tiba saat keemasan itu? Sudah tentu saya berusaha dan berikhtiar juga. Tapi yang penting saya yakin dengan jalan yang saya lalui. Saya bebas memilih dan menentukan.

Jawapan : Kes ini berada di dalam kategori dia mempunyai suratan takdirnya namun dia BERKUASA merubahnya megikut citarasa dan halatujunya, apa sahaja yang dia mahukan.

Rintihan 2. Macamana ni, apa sahaja yang saya buat memang tidak mendatangkan hasil seperti yang saya inginkan, memang saya mahu pendapatan RM100k sebulan, namun saya hanya capai RM5k sebulan walaupun saya ikhtiar begitu dan begini. Dah macam-macam saya lakukan. Cakap sahaja caranya suma saya sudah buat. Apa silap dan kekurangan saya? Apakah ini yang terbaik yang saya dapat?

Jawapan : Kes ini berada di dalam kategori dia mempunyai suratan takdir tetapi dia percaya dia TIDAK BERUPAYA mengubahnya ke arah lebih baik.

Rintihan 3.Dahulu pendapatan saya hanya dibawah RM1k sebulan. Ramai mengatakan saya hanya mampu setakat itu sahaja kerana saya tidak berpelajaran tinggi dan saya tidak bercampur dengan orang. Saya terkadang amat stress krn berada didalam kekalutan hidup. Ialah, kos anak-anak bersekolah, kos makan, kos sewa ruma dll amat memeritkan. Tapi saya tidak putus asa menimba ilmu, mencari peluang perniagaan, memperbaiki komunikasi dan kemahiran lalu sekarang saya berjaya 

Jawapan : Kes ini berada di dalam kategori dia mempunyai suratan takdir dan dia percaya IKHTIAR & USAHA dapat memberi kesan lalu dapatlah dia menjalani kehidupan yang lebih baik.

Bagi anda yang selalu tidak percaya diri, gagal dalam kehidupan, sukar mendapat punca rezeki yang tetap, kerap terdedah kepada anasir negatif, tidak mampu menyelesaikan masalah peribadi, keluarga dll, kabur dalam membuat pilihan & keputusan penting yang jika tersalah akan memberi keputusan negatif, mengalami masalah bertimpa-timpa, dimusuhi dan dibenci orang, maka dengan Rawatan Mandian dan seterusnya Rawatan Pelarisan Diri & Perniagaan maka insyaAllah anda akan pasti dapat lihat hasilnya.                                                                             

Bagi mereka yang sedang atau akan terlibat secara langsung dalam perniagaan atau apa sahaja perusahaan atau jalan rezeki, insyaAllah akan menjadi semakin laris, barangan senang dijual, tiada unsur khianat terhadap pesaing anda dsbnya kerana ini adalah usaha dan ikhtiar yang dilakukan dengan cara berzikir dan membaca ayat-ayat suci alQuran dan doa kepada Allah SWT.

Jenis dan kos Rawatan
(anda boleh pilih salah satu dari kaedah terapi di bawah)

a)Garam Mazjalin - caj :       RM70 (garam ditabur sendiri oleh pesakit ke tempat perniagaan)

                                        RM500 (jika dibuat khusus oleh perawat Qalbun Asrar)

b)Wafaq Kerezekian - caj:    RM170

c)Wafaq Seribu Guna - caj :  RM270

d)Keris Kecil Ageng – caj:     RM250 tahap 1

                                        RM750 tahap 2

                     

Telah ramai yang menggunakan Keris Kecil Ageng ini baik untuk pelarisan, pengasihan, harmoni, penunduk, kesihatan dan benteng diri. Terdapat pelbagai kisah untuk tatapan semua yang ingin mengetahui keberkesanannya yang sudah TERBUKTI.

                                                                         

e)Minyak Ageng       – caj:    RM250 tahap 1

                                        RM750 tahap 2

                                        

Telah ramai yang menggunakan Minyak Ageng ini baik untuk pelarisan, pengasihan, harmoni, penunduk, kesihatan dan benteng diri. Terdapat pelbagai kisah untuk tatapan semua yang ingin mengetahui keberkesanannya yang sudah TERBUKTI.

                                       

f)Tasbih Ageng        - caj:   RM250

                                      

g)Buluh Kerezekian – caj:   RM270


h)Rawatan Penyeri Wajah       -caj:   RM300

                                                                                               (sila KLIK di sini untuk testimoni)

Info:
• Tatacara beramal dan ritual akan diajarkan langsung

i)PAKEJ PELARISAN DIRI & PERNIAGAAN AGENG - caj: RM1250 SAHAJA

Apa yang anda akan dapat : 

1)Garam Mazjalin RM70 2)Wafaq Kerezekian Rm170 3)Wafaq Seribu Guna RM270 4)Keris Kecil Ageng RM250 5)Minyak Ageng RM250 6)Tasbih Ageng RM250 7)Buluh Kerezekian RM270 8)Rawatan Penyeri Wajah RM300 yang kesemuanya sejumlah RM1830 namun dengan harga Pakej Super, anda hanya perlu mengeluarkan RM1250 SAHAJA dan anda akan diberi ijazah KEILMUAN khusus

oleh Ki Ageng Manik Maya

 

RAWATAN BENTENG KUBRO

Rumah, pejabat dan kenderaan anda akan dibersihkan lalu dipagar secara zahiriah dan ghaibiah dari segala serangan yang nampak mahupun tidak. Anda akan dipisahkan dari segala macam masalah zahir dan batin termasuk dari mereka yang cemburu dan dengki kepada anda, atau akibat energi negatif yang menghantui anda selama ini. Dari apa juapun cara yang menghambat, merintang, menghalang kehidupan anda sebelum ini, ketika ini mahupun akan datang. Pokoknya anda dapat mengelakkan diri dari menjadi nahas akibat sebarang serangan penjahat, perompak, penyamun, kecelakaan dari kemalangan motosikal, kereta, pesawat dan sebagainya serta dari pelbagai serangan mahkluk halus baik jin, syaitan dll yang bertujuan menghianati anda. Amat bagus untuk menjaga diri anda, keluarga serta orang tersayang dari pelbagai perkara yang anda tidak kehendaki!

Jenis dan kos Rawatan
(anda boleh pilih salah satu dari kaedah terapi di bawah)

a)Garam Mazjalin - caj :       RM70 (garam ditabur sendiri oleh pesakit ke tempat perniagaan)

                                        RM500 (jika dibuat khusus oleh perawat Qalbun Asrar)

b)Wafaq Seribu Guna - caj :  RM270

c)Keris Kecil Ageng – caj:     RM250 tahap 1

                                        RM750 tahap 2

                                      

Telah ramai yang menggunakan Keris Kecil Ageng ini baik untuk pelarisan, pengasihan, harmoni, penunduk, kesihatan dan benteng diri. Terdapat pelbagai kisah untuk tatapan semua yang ingin mengetahui keberkesanannya yang sudah TERBUKTI.

                                                                          

d)Minyak Ageng       – caj:    RM250 tahap 1

                                        RM750 tahap 2

                                      

Telah ramai yang menggunakan Minyak Ageng ini baik untuk pelarisan, pengasihan, harmoni, penunduk, kesihatan dan benteng diri. Terdapat pelbagai kisah untuk tatapan semua yang ingin mengetahui keberkesanannya yang sudah TERBUKTI.

                                        

e)Tasbih Ageng        - caj:    RM250

f)Buluh Saidina Umar– caj:    RM270

g)Rawatan Penyeri Wajah       -caj:    RM300 

h)Ilmu Pencak Ageng -caj:    RM350

                                                                                               (sila KLIK di sini untuk testimoni)

Info:
• Tatacara beramal dan ritual akan diajarkan langsung

i)PAKEJ BENTENG KUBRO AGENG - caj: RM1350 SAHAJA

Apa yang anda akan dapat :

1)Garam Mazjalin RM70 2)Wafaq Seribu Guna RM270 3)Keris Kecil Ageng RM250 4)Minyak Ageng RM250 5)Tasbih Ageng RM250 6)Buluh Saidina Umar RM270 7)Rawatan Penyeri Wajah RM300 8)Ilmu Pencak Ageng RM350 yang kesemuanya sejumlah RM2010 namun dengan harga PAKEJ BENTENG KUBRO AGENG, anda hanya perlu mengeluarkan RM1350 SAHAJA dan anda akan diijazah KEILMUAN khusus 

oleh Ki Ageng Manik Maya

 

 

RAWATAN PUTERI SA'ADONG

Tampil cantik dan menarik adalah dambaan setiap manusia terutama kaum Hawa. Namun tidak semua wanita mampu membuat dirinya tampil menarik. Bahkan tidak semua manusia tahu rahsia keindahan tubuhnya sehingga boleh tampil memikat.

Terapi Puteri Sa'adong adalah satu karya ajaib yang sudah dibuktikan. Jika seseorang wanita mengggunakan metode ini, maka ia akan tampil sangat menarik dan memikat, berwibawa, memancarkan aura yang penuh dengan kemampuan pemakainya menjadi indah.

Keunggulan Terapi Puteri Saadong adalah pemakainya akan menjadi awet muda dan kebal terhadap berbagai jenis serangan ilmu hitam dan cara kerjanya bagaikan kilat.

Pemakainya akan tampil lebih percaya diri kerana dapat merasakan ada perubahan yang sangat positif dalam diri mereka baik secara fizik mahupun psikis.

Sesuai untuk semua lelaki dan wanita yang mempunyai masalah karisma tenggelam, berat jodoh, kurang percaya diri, terkena sihir dsbnya.

 

Syarat-syarat :-
• Hubungi kami untuk temujanji
• Rawatan mandian (buang unsur-unsur -tive dalam badan)
• Proses rawatan +_ 1 jam
• Caj :- RM500++ (3 kali hadir) 

 

 

 

RAWATAN CHE SITI WAN KEMBANG

Semenjak zaman dahulu, para wanita sangat memperhatikan perawatan tubuh untuk merebut cinta lelaki. Pelbagai cara telah digunakan untuk tujuan tersebut. Organ yang menyerlah yang menjadi daya tarik kaum Adam adalah payudara.

Namun sayangnya tidak semua wanita diberi kurnia sepasang payudara yang sesuai dengan keinginannya. Ini menyebabkan kaum Hawa menjadi tidak karuan dan kurang percaya diri.

Di pusat rawatan kami, ritual tingkat tinggi dilakukan untuk membantu kaum wanita yang mempunyai masalah payudara.

Setelah diterapikan:-

• Payudara kendur akan menjadi kencang dan menegang.
• Ukuran payudara akan bertambah besar sesuai keinginan.
• Membentuk indah, kencang, besar & permukaan payudara menjadi licin.
• Payudara yang ismetris menjadi simetris dan berbentuk indah dan mengghairahkan.
• Wanita yang payudaranya tenggelam akan menjadi montok dan indah sehingga timbul percaya diri.

Sesuai untuk semua wanita terutama ibu-ibu yang melahirkan anak ramai tanpa ada kesan sampingan dan pantang dalam beragama.

Syarat-syarat:
• Proses rawatan +- 1 jam

• Caj rawatan : RM 500++ (untuk 3 kali hadir)

 

RAWATAN PERAWAN SEUMUR HIDUP

 

Suatu kaedah yang bersumberkan dari warisan zaman silam. Sangat berguna untuk membangkitkan karisma kewanitaan sejati kerana terapi ini mampu membuat organ kewanitaan anda hidup, berdenyut-denyut, rapat, menegang dan berkarisma tingggi hingga suami jadi bertambah sayang kepada anda. Dia akan merasa ketagihan dan tiidak pernah bosan dengan layanan anda. Bahkan yang hidung belang pun akan bertekuk lutut akibat kedahsyatan terapi ini.

terapi ini boleh juga menghilangkan seluruh penyakit kewanitaan tanpa bersusah payah meminum jamu setiap hari, bersenam atau apa pun. InsyaAllah, sanggup menghadirkan pesona karisma wanita yang sangat sempurna. Tiada pantangan dan amalan yang bertentangan agama.

Syarat-syarat:
• Hubungi kami untuk temujanji
• Caj rawatan : RM 370 (tidak termasuk ubatan)

 

RAWATAN IBU DUIT



Ibu Duit

Anda akan didedahkan dengan rahsia purbakala (secara terhad) untuk mempermudahkan rezeki anda. Dengan menggunakan ayat-ayat suci al-Quran dan zikir-zikir tertentu, insyaAllah rezeki anda bertambah dari semasa ke semasa tanpa anda sedari dan dari sumber yang tidak disangka-sangka.

Dengan terapi 'ibu duit', insyaAllah rezeki anda akan murah dari semasa. Amat sesuai untuk mereka yang ingin dipermudahkan rezeki, melapangkan rezeki, mereka yang berniaga dan sebagainya.

Barangan yang perlu di bawa :-
Satu keping wang (paling tinggi nilainya - cth RM100 / USD100)

Wang ini akan di baca dengan ayat-ayat suci AL QURAN dan zikir. Disapu minyak atar dan dilipat dengan kaedah tertentu. Pemilik hendaklah meletakkan dalam dompet / beg duit - dilarang menggunakan duit ini sama sekali

Caj Rawatan :- senilai dengan wang yang dibawa.

Syarat-syarat:
• Hubungi kami untuk temujanji
 

 

RAWATAN ALIN TELUR

Semua penyakit (samada medic - seperti kanser, penyakit buah pinggang, batuk karang dsbnya) insyaAllah boleh dirawat dengan menggunakan terapi ALIN TELUR.Dengan menggunakan zikir dan doa tertentu, penyakit boleh dipindah (dialinkan) ke telur.

Nota : Apabila telur dipecahkan, insyaAllah akan terdapat kotoran seperti darah, nanah dsbnya di dalam telur tersebut. Kesan / kotoran bergantung kepada jenis penyakit

Rawatan ini juga berkesan untuk rawatan non medic seperti santau, terkena khianat melalui makanan, membuang kotoran dalam badan dan sebagainya.

Barangan untuk rawatan :-

i) Telur ayam kampung 7 biji

Syarat-syarat:
• Hubungi kami untuk temujanji
• Caj Rawatan :- RM70 dan ke atas

 

RAWATAN RESDUNG

Masalah resdung berpunca daripada alahan terhadap habuk, kutu dan pijat atau makanan tertentu. Kegagalan merawat alahan itu akan membawa kepada gejala resdung dan penyakit-penyakit yang lebih merbahaya di dalam rongga sinus. Resdung bukan penyakit tetapi gejala penyakit yang mesti diselidiki dengan tepat untuk mengetahui penyebab bagi rawatan yang sepatutnya.

Rawatan resdung kami agak unik kerana ianya menggabungkan terus 3 kaedah dalam satu rawatan iaitu :-

i) Rawatan secara tradisional (menggunakan herba - dimasukkan ke dalam hidung pesakit. Kesan biasanya dapat dilihat serta merta)
ii) Rawatan resdung secara steam - wap yang dicampur herba akan diwapkan ke muka
iii) Rawatan menggunakan candle (lilin resdung)

Ramai yang telah mencuba rawatan ini dan amat berpuas hati dengan hasil yang diberikan.

Syarat-syarat:
• Hubungi kami untuk temujanji
• Caj Rawatan :- RM50 sekali rawatan (rawatan lebih berkesan jika pesakit membuat rawatan 3 kali berturut-turut)

 

MANDI ASMA UL HUSNA (NAMA-NAMA ALLAH)



Mampu untuk membuang unsur-unsur negatif dalam tubuh badan, mengeluarkan cahaya dari tubuh agar terbuka semua halangan-halangan yang wujud dalam badan / tubuh.
(halangan ini lah yang menyebabkan 'kesukaran' seperti mendapatkan kerja, jodoh, dalam berkawan dsb)

Memancarkan aura SEJATI sehingga mampu membuat seseorang itu cantik, tampan, berpesonaliti, berwibawa, berkarisma, mendapat simpati dan pengasihan dari semua orang, disenangi dalam pergaulan dimana sahaja mereka berada.

Mencegah dari berlaku pergaduhan & melariskan perniagaan (jika individu itu berniaga)

Barangan yang perlu di bawa :-

1) Kain putih - 5m
2) Bunga 7 warna
3) Limau Purut 3 biji
4) Duit syiling 20 sen - 9 keping

Semua bahan-bahan di atas akan dibacakan dengan 99 nama ALLAH. Untuk kehebatan nama-nama Allah SWT.

Syarat-syarat:
• Hubungi kami untuk temujanji
• Masa terapi - 1 jam
• Caj Rawatan :- RM150



MANDI BUNGA


Mandian untuk rawatan (mandi bunga) adalah mandian khas yang dicampurkan dengan bahan-bahan berikut :-

1) Bunga
2) Air Kelapa
3) Limau

Tujuan mandi untuk rawatan - adalah untuk membuang semua unsur-unsur -ve dalam tubuh yang menjadi penyebab utama diserang pelbagai jenis penyakit medic dan non medic.

Bahan ini akan di baca dengan ayat-ayat suci al Quran & zikir-zikir tertentu.

Syarat-syarat:
• Hubungi kami untuk temujanji
• Caj Rawatan :- RM70

 

 

MANDIAN GARAM


Mandi garam adalah satu kaedah rawatan yang bertujuan untuk membuang unsur-unsur -ve yang terdapat dalam tubuh pesakit. Mandi garam juga adalah untuk membuang pelbagai jenis penyakit kulit seperti gatal-gatal.

Barangan yang perlu di bawa :-

1) Garam halus

Bahan ini akan di isi dengan ayat-ayat suci al Quran sebelum mandian dilakukan.

Syarat-syarat:
• Hubungi kami untuk temujanji
• Caj Rawatan :- RM70

 

MANDIAN LIMAU


Mandi limau adalah khas untuk tujuan spiritual. Biasanya mandi limau adalah khas untuk pesakit yang kerasukan / terkena buatan orang dan gangguan makluk halus. Limau di belah dengan belahan tertentu dan insyaAllah pesakit akan berasa lebih segar dan tenteram

Barangan yang perlu di bawa :-

1) Limau Nipis / Purut

Bahan ini akan di isi dengan ayat-ayat suci al Quran sebelum mandian dilakukan.

Syarat-syarat:
• Hubungi kami untuk temujanji
• Caj Rawatan :- RM70

 

 

URUT SELEPAS BERSALIN


Rawatan urut selepas bersalin yang kami sediakan adalah meliputi pakej lengkap jagaan ibu selepas bersalin. Antara perkhidmatan yang terdapat dalam pakej ini adalah seperti berikut :-

• Bertungku selepas bersalin
• Urut seluruh badan
• Berbengkung kepada ibu
• Bertangas
• Mandian Herba kepada ibu selepas urut

Rawatan ini di jalan di rumah pesakit (ibu yang bersalin). Caj rawatan termasuk kos perjalanan / tol perawat.

Caj Pakej :-
• 3 hari - RM360
• 5 hari - RM540
• 7 hari - RM750
• 15 hari - RM1,620
• 1 bulan - RM3,200

Syarat-syarat:
• Hubungi kami untuk temujanji, sebaiknya temujanji di lakukan awal untuk perawat kami mengatur jadual rawatan
• Pakej ini bergantung kepada jadual / masa perawat.

 

URUT TRADISIONAL UNTUK LELAKI/WANITA



Rawatan urut tradisional untuk wanita adalah rawatan urut seluruh tubuh.


Baik untuk lelaki/wanita yang lemah-lemah badan, buang angin dalam badan dan memperbetulkan perjalanan darah dan urat dalam badan. Urut tradisional ini mampu untuk memberikan kesegaran kepada anda, menghilangkan tension dan menjadikan anda lebih tenang dan ceria.

Syarat-syarat:
• Hubungi kami untuk temujanji
• Tempoh rawatan : 1 jam 
• Caj rawatan : RM70

 

URUT BATIN



Di urut oleh Dr Asrul (Ki Ageng Manik Maya).
Rawatan khusus menangani masalah lemah tenaga batin bahkan kepada mati pucuk dan penambahan dari segi sais. Telah ramai yang berjaya dan insyaAllah anda juga akan berpuas hati. Apa yang anda akan dapat :

PAKEJ URUT BATIN

a)Anda akan mendapat badan yang telah disembuhkan

Dalam kebanyakan kes kami (lebih 90% mengatakan begitu), walaupun baru mendapatkan satu sesi urut batin dengan kami, ternyata keupayaan TAHAN LAMA (stamina) amatlah menakjubkan. Hubungan seks selama 30 min adalah suatu masa yang minima bagi kami!

b)Ilmu urut (ijazah untuk kegunaan sendiri SAHAJA)

Anda akan diajarkan beberapa urutan sebagai ‘maintenance’ berdasarkan yang dialami dan diperoleh sendiri oleh Dr Asrul. Cara ampuh ini telah terbukti berkesan untuk memanjangkan sais dan menjaga system urat, ligament, tendon di kawasan alat sulit bagi mengekalkan stamina hubungan seks pada tahap yang tinggi. Ini kerana perjalanan darah yang lancar dan tiada angin yang tersumbat adalah faktor-faktor utama seorang pria perkasa! 

c)Ilmu Tenaga Dalam

Anda tentunya akan diterapkan dengan rahsia tenaga dalam para guru, sifu, master, handalan di seluruh dunia. Tiada perbezaan agama, bangsa, umur, fahaman politik dan sebagainya kerana kita semua boleh menpelajarinya dan sama-sama mendapat 1001 manfaatnya. Ilmu ini bersifat spiritual untuk menghasilkan Tangan Penyembuh dan  Pernafasan Sakti! Apa tujuannya? Ia, sememangnya untuk memulihkan diri anda dari masalah dan meningkatkan diri anda ke tahap yang optima.  

d)Konsultasi percuma dari kami

Anda akan di ‘scan’ oleh perawat kami secara percuma di mana dia akan memberikan anjuran-anjuran sesuai bagi segala masalah fizikal, mental, emosi dan spiritual yang anda hadapi.

e)Mandi limau

Anda hanya perlu membawa limau nipis sebanyak 21 biji bagi tujuan ini. Rawatan mandian ini telah digunakan oleh Dr Asrul untuk merawat pelbagai jenis penyakit dan tidak terhad kepada masalah spiritual sahaja. Sila klik di sini untuk merujuk kepada testimoni.

Pakej ini adalah tidak termasuk kos perjalanan ke tempat anda. Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.

Syarat-syarat:
• Hubungi kami untuk temujanji
• Tempoh rawatan : 2 jam 30 min

• Caj rawatan :     RM350 (sesi pertama)

                          RM300 (sesi kedua)

                          RM250 (sesi ketiga dan seterusnya)

Harga di atas adalah untuk urut batin di tempat kami. Kami boleh dipanggil memberikan urut batin di tempat anda dengan tambahan sedikit caj pengangkutan dan masa.

For reading in English, please CLICK here!

SUATU PERSOALAN

Kenapa kita mesti cari seorang tukang urut batin?...bukankah sudah terdapat pelbagai jenis minyak urut dan juga pelbagai alat regangan serta alat vakum yang berada di pasaran?

 

Itulah persoalan yang amat wajar dikupas. Kenapa tukang urut batin? Kenapa mesti cari yang pakar dan berpengalaman? Minyak ikan belacak, minyak kambing gurun, minyak lintah dll sememangnya sudah bertaburan di pasaran. Kalau ikut kata logik "...tenyeh jer laa lebih kurang...hmm sure jadi punya he he". Kemudian berbotol-botol selepas itu, setelah habis minyak lalu dibilang botol-botol dan boleh dijadikan koleksi. "ishh kenapa ni...nape tak leh perform atau at least tahan lama lebih sikit?" kata hati sambil berdesas-desus memikirkan polemik itu. Satu lagi sebab yang amat popular adalah, kalau tidak mahu menggunakan minyak tersebut, kan masih ada bermacam-macam alat peregang dan vakum khas di pasaran sekarang ni. Bukankah juga ada banyak panduan dan testimoni dari kedua-dua aplikasi tersebut? "kira oklaa boleh jadi punya!" kata hati lagi. Namun kata saya, Dr Asrul (Ki Ageng Manik Maya), selaku perawat utama di Qalbun Asrar Alternatif Healing, di Pandan Indah, Kuala Lumpur adalah...

TERNYATA JUDGEMENT DAN SANGKAAN ANDA MELESET SEKALI!

Kenapa saya kata begitu?

1) Minyak dan alat regangan serta vakum HANYA fokus kepada penis/zakar/senjata sahaja.
Siapakah yang nak merawat urat-urat dari hujung kaki hingga ke perut kita? Contoh masalah yang popular dan amat kerap berlaku adalah seperti angin, lendir, toksin dan sebagainya yang seolah tersumbat, berbuku dan mengakibatkan kita selalu lenguh, senang kejang dan lain-lainnya yang masih perlukan penelitian dan rawatan yang rapi. Jadi, bagaimanakah cara untuk menyembuhkannya? Semestinya kita perlu cari Dr Asrul(Ki Ageng Manik Maya) dari Qalbun Asrar Alternatif Healing.

2) Faktor harga pasaran
Tak usah berbelanja mahal untuk perkhidmatan professional seperti ini. Harga kami memang amat berpatutan dan berbaloi. Rata-rata pandangan, ramai mengatakan masih terlalu murah jika dibandingkan dengan prestasi seks yang diperolehi selepas rawatan. Contohnya seperti ketahanan minima 30 min, lebih panjang dan lebih sais ukurlilit serta ketenangan jiwa hasil dari nafkah batin suami isteri yang amat sihat. Bahkan ada juga yang mengatakan, sebenarnya dapat pulih dari mati pucuk dan lemah tenaga batin pun sudah tidak dapat dinilai dengan wang yang ada. 

3) Tukang urut warisan/keturunan/inheritance
Bukan sesuatu yang disohorkan, walaupun pengalaman sejak awal 2000 dalam bidang pengubatan masih awal, tapi telah ramai yang mendapat manfaat dari urut batin yang perkhidmatannya dikatakan boleh GERENTI selepas berurut dengan tukang urut batin kami. Inilah bezanya tukang urut keturunan...yang sudah terbukti keberkesanannya...dan insyaAllah bolehmembantu menyelesaikan masalah prestasi seks anda.

Kalau anda masih ragu2 atau mempunyai sebarang persoalan, silalah terus berjumpa/hubungi kami seperti maklumat di laman utama.

 

INFO

Ilmu salah seorang guru saya, Pok Teh Soh, seorang dukun patah yang amat terkenal di Pahang : 

1)Jika anda terjatuh, dipukul atau apa sahaja yang menyebabkan anda sakit dan seharusnya pada masa kecederaan itu akan meyebabkan anda patah, terseliuh dan sebagainya, maka ucapkan sahaja ini..."Allah Jamah, Muhammad Sapu, Jibrail Sedut" sambil mengusap-ngusap ditempat sakit sehingga reda dan menghilang, insyaAllah tidak akan cedera teruk.

 

Ilmu salah seorang guru saya lagi, Tokki Umar, seorang ahli kerohanian yang tampak biasa namun amat luar biasa di Pahang: 

2)Ingat Tuhan sahaja semasa mengurut atau apa sahaja keadaannya, nescara Tuhan akan ingat kita. Bila kita ingat Tuhan, maka kita nantinya tidak akan ingat akan siapa diri kecil kita ini. Masa itu kita tidak akan rasa penat, letih dan sebagainya. Sama juga kalau mahu tahan lama semasa berhubungan seks dengan isteri...hehe (katanya sambil ketawa) Namun (sambungnya lagi) kalau sudah tidak ingat diri kecil kita itu langsung, maka pada saat itu kita bukan lagi dir kecil kita itu...kita itu adalah KITA (sambil tersenyum menampakkan sebaris gigi) kita itu sudah tiada lagi dan yang tinggal hanya     KITA YANG KEKAL

 

 

KATEGORI

 

RAWATAN FIZIKAL

 

Sistem Endokrin

 

Sistem Neurologi

1

Keracunan Kelenjar Tiroid

1

Tidak Dapat Tidur

2

Darah Tinggi

2

Masalah Gout, Artiritis

3

Kencing Manis (Diabetes)

3

Sakit Kepala(Migrane)

4

Leukemia

4

Masalah Otak (Lemah Ingatan)

5

Rambut Gugur Awal

5

Kekejangan

 

 

6

Sakit Saraf

 

 

7

Gemuruh, Takut, Fobia

 

 

8

Stress, Lesu

 

 

9

Tidak Gembira

 

Sistem Pernafasan

 

Sistem Ginekologi

1

Batuk

1

Senggugut, Masalah Haid

2

Batuk-lelah, Asma

2

Lemah Tenaga Batin

 

 

3

Masalah Keguguran Kandungan

 

 

4

Menyuburkan Kandungan, Mandul

 

Sistem Alimentari

 

Sistem Mata, Hidung, Telinga

1

Sakit Perut, Gastrik, Ulcer Usus

1

Resdung

2

Sembelit, Buasir (Bengkak dalam, Terkeluar)

2

Masalah Mata

3

Masalah Hati & Pundi Hempedu

 

 

4

Buah Pinggang, Pundi kencing

 

 

5

Kurang Darah(Anemia)

 

                  

6

Masalah Batu Karang

 

 

7

Jantung, Strok 

 

 

8

Masalah Usus Kecil & Besar

 

                 

 

Ortopedik

 

Sistem Kulit & Darah (Dermatologi)

1

Sakit Urat, Otot, Sengal Tulang

1

Gatal Kulit Kronik

2

Sakit Belakang, Pinggang

2

Jerawat, Kayap, Ruam, Parut

3

Sakit Sendi

3

Cengkering(Chicken Pox)

4

Urat Timbul    

4

Penyakit Kulit Psoriasis, Eksima

 

 

5

Luka-luka Luar dan Dalam(Bersalin, Kemalangan)

 

 

6

Bersihkan Darah Kotor, Masalah Limfa

 

 

7

Masalah Kulit Kering, Gatal berair, Bernanah, Bisul

RAWATAN MENTAL & EMOSI

RAWATAN SPIRITUAL

1

Gangguan fikiran/ gila/ sikap & emosi negatif…dll

1

Gangguan, rasuk, sudi, sihir, saka dll

| Main |
| Registration |
| Login |
Site menu
Search
Calendar
«  December 2017  »
SuMoTuWeThFrSa
     12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31
Entries archive
Our poll
Rate my site
Total of answers: 10
Site friends
  • Create your own site
  • Statistics

    Total online: 1
    Guests: 1
    Users: 0
    Copyright MyCorp © 2017Create a free website with uCoz